Wednesday, 28 November 2012

kisah mengenai amalan solat akhir waktu

Assalamualaikum kawan-kawan

sihat? aku alhamdulillah sihat sentiasa (syukur).. 


AHHA !! hari ini aku nak cerita satu situasi.

Si Pensil ~~~
 ketika azan maghrib berkumandang si Pensil masih berbaring di atas katil sambil menghadap lappy.      
Si Pensil bermonolog " baru je azan, 30 minit lagi aku solatlah". 

30 minit berlalu ~~~

Si Pensil terlampau kusyuk menghadap lappy hingga tidak sedar masa 30 minit itu sudah berlalu. 

Selepas 10 minit ~~~

Dalam keasyikan menghadap lappy. Si Pensil terlihat masa pada lappy nya dan tanpa berlengah lagi Si Pensil terus mengambil wuduk untuk bersolat bagi mengejar waktu maghrib yang hampir ke penghujungnya.

kawan-kawan, persoalan bagi situasi diatas adalah ADAKAH AMALAN SOLAT DIAKHIR WAKTU DITERIMA ALLAH ?
Baiklah, ingin aku kongsi kan sebuah al-kisah yang mudah kamu semua fahami.


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea…
 Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…
tapi jika bersolat  ada “Posmen” pula untuk hantar
amalan kita pada Allah….
Kisahnya….

Setiap kita ada malaikat…
Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..
Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol…  Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….
Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga…  Tapi sekatannya… MasyaAllah….
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita… Kenapa lewat poskan
amalan kita…  Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…
Tetapi…  Penjaga langit pertama tidak heran… Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai….
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua…..  Samalah juga…. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan…  Merayu lagi posmen kita.  Tapi masih tidak dipedulikannya…
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….
Dikutip satu persatu amalan kita… Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…
Dilangit ketiga…  Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….
Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi…  Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita….  Tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…
Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….
Tak di dunia di akhirat pula….

# kisah ini kita jadikan teladan supaya kita beringat dan sentiasa mendahulukan solat dahulu sebelum apa-apa perkara kerana amalan pertama yang dihisab-NYA adalah solat yang kita kerjakan. 

~~tiada apa yang lebih baik melainkan berkongsi ilmu dengan kawan-kawanku~~


No comments:

Post a Comment