Wednesday, 12 December 2012

JUARA MILIK KAMI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Jika entry aku sebelum nie perbarisan KAB menang sekarang sambungan cerita pula.. 

Malam tersebut ramai tertanya-tanya

1. Kolej manakah  bakal dinobatkan sebagai juara?
2.   bila nak umum juara ni?
3.Bila nak makan ni?
hehe :P

Selepas semua pasukan perbarisan berkumpul di padang, ucapan dari pihak TNC . Barulah pengumuman pemenang2 dari semua permainan SUKEM.
Sebenarnya kami semua dah tahu siapa juara keseluruhan. "diumumkan juara bagi tahu ini setelah mendapat 8 emas 2 perak 9 gangsa di miliki oleh ...." Belum lagi diumumkan kami semua dah terloncat gembira.. HAHAHA.. "Kolej Aminnuddin Baki !" kami lah juara..


gambar kemenangan ^^

terima kasih kepada pemain-pemain yang memberi pingat kepada AMIN (Kolej Aminnuddin Baki) . Aku juga salah seorang penyumbang pingat walaupun bukan pingat emas hanya pingat perak tapi itu dah membawa kemenangan yang kami ingin capai.

aku bersama handballer yang lain. . dari kanan aku, mad, kak izzah dan kak nabila
sangat gembira dapat pingat.
first time aku dapat pingat ~~~


dapat duit~~~ lepas ni kena buat jamuan la :)


inilah 8 piala yang menjadikan kamilah JUARA!!


Monday, 3 December 2012

Perbarisan sukem 2012

Assalamualaikum w.b.t

selamat sejahtera kawan-kawan
  
pada tarikh 22/11/2012 hari khamis 
malam jumaat. .
Bermulalah detik-detik bersejarah bagi sepasukan Kolej Aminuddin Baki (KAB)..
tik tok tik tok ~~

Jam di handphone aku menunjukkan pukul 7.45 malam masa nak bergerak dari KAB ke Stadium. Kami bergerak secara berpasukan tanpa menaiki ape-ape kenderan pun. Hanya berjalan kaki. (penat kot) . perjalanan ke sana mengambil masa 15 minit. Kami seramai 60 orang peserta bagi perbarisan penutup mengambil duduk sebaik sahaja sampai di sana . ketika itu, perlawanan bola sepak di antara Kolej Aminuddin Baki dengan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) . Perlawanan sungguh sengit sebab masing-masing menunjukkan kehebatan sendiri di padang bola tersebut. Pelbagai gelagat penonton aku dapat tonton pada hari itu, menjerit meloncat menyorak mengamuk. hehehe sungguh lucu melihat muka mereka semua. Ingin sahaja aku rakamkan detik penonton tersebut ketika bola di goalkan . oklah lawan punya lawan tak sedar masa sudah berlalu dan KAB MENANG ! 2-0



HOORAY !! but ops ### 
sudah tiba masanya untuk perbarisan kawad pula menunjukkan kehebatan dan keunikan tersendiri. Baiklah kami semua mengambil tempat juga dengan pasukan dari kolej yang lain. Masing-masing berasa gemuruh termasuklah aku. Sementara menunggu pasukan sebelum kami membuat persembahan , aku dengan yang lain ambil kesempatan dengan bergambar hehehe :) .

dari kanan hisyam, tak kenal, fareez, nieza, aku, ros, kak sim dan nadhirah.

snap sana, snap sini sedar tak sedar tiba giliran kami. Nampak kan belon yang kami pegang tu. Itu adalah senjata rahsia persembahan kami. Diketuai oleh Johan Zahari dengan ahli-ahli pasukan bergerak memasuki gelanggang debaran. Bismillahirrahmanirrahim.. dengan lafaz tersebut kaki aku bergerak kiri kanan diikuti dengan hayunan kedua-dua belah tangan aku. Kami semua serentak menyebut "kiri,kanan,kiri,kanan" kaki dan tangan ikut rentak sebutan tersebut. Sebaik sampai di tengah stadium Johan memberi arahan hormat ke kanan dan semua ahli mengikut serentak. Selesai hormat ke kanan , kami serentak melepaskan belon dari tangan dan setiap penjuru melepaskan bom meriah . Penonton terpukau dengan persembahan kami . *jika penonton dah terpukau aku mestilah lagi-lagi terpukau.

sama kan :)
cari mana aku .

lihat belon di lepas kan

terpukaukan ~~~

Berita mengejut daripada persembahan kami adalah kami mendapat tempat ke-2 . Kami semua tak mengharapkan kemenangan perbarisan ini,cukuplah dengan persembahan yang baik dan mantap tetapikami menang juga alhamdulillah. Tidah sia-sia berlatih 2-3 hari waktu malam. Setiap peluh kami berbalas dengan kemenangan tersebut. 

# kerjasama dari semua pihak membuahkan hasil yang tidak dijangkakan . Walaupun penat , bermandi peluh ketika berlatih aku mendapat kemanisan dalam suatu hubungan iaitu sahabat. Kemesraan keseronokan tidak akan dilupakan. janji :)



Wednesday, 28 November 2012

kisah mengenai amalan solat akhir waktu

Assalamualaikum kawan-kawan

sihat? aku alhamdulillah sihat sentiasa (syukur).. 


AHHA !! hari ini aku nak cerita satu situasi.

Si Pensil ~~~
 ketika azan maghrib berkumandang si Pensil masih berbaring di atas katil sambil menghadap lappy.      
Si Pensil bermonolog " baru je azan, 30 minit lagi aku solatlah". 

30 minit berlalu ~~~

Si Pensil terlampau kusyuk menghadap lappy hingga tidak sedar masa 30 minit itu sudah berlalu. 

Selepas 10 minit ~~~

Dalam keasyikan menghadap lappy. Si Pensil terlihat masa pada lappy nya dan tanpa berlengah lagi Si Pensil terus mengambil wuduk untuk bersolat bagi mengejar waktu maghrib yang hampir ke penghujungnya.

kawan-kawan, persoalan bagi situasi diatas adalah ADAKAH AMALAN SOLAT DIAKHIR WAKTU DITERIMA ALLAH ?
Baiklah, ingin aku kongsi kan sebuah al-kisah yang mudah kamu semua fahami.


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea…
 Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…
tapi jika bersolat  ada “Posmen” pula untuk hantar
amalan kita pada Allah….
Kisahnya….

Setiap kita ada malaikat…
Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..
Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol…  Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….
Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga…  Tapi sekatannya… MasyaAllah….
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita… Kenapa lewat poskan
amalan kita…  Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…
Tetapi…  Penjaga langit pertama tidak heran… Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai….
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua…..  Samalah juga…. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan…  Merayu lagi posmen kita.  Tapi masih tidak dipedulikannya…
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….
Dikutip satu persatu amalan kita… Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…
Dilangit ketiga…  Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….
Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi…  Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita….  Tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…
Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….
Tak di dunia di akhirat pula….

# kisah ini kita jadikan teladan supaya kita beringat dan sentiasa mendahulukan solat dahulu sebelum apa-apa perkara kerana amalan pertama yang dihisab-NYA adalah solat yang kita kerjakan. 

~~tiada apa yang lebih baik melainkan berkongsi ilmu dengan kawan-kawanku~~


5 minit sahaja

5 Minit sahaja , Syurga menanti wahai Orang2 MUSLIM :

Khasiat Ayat Kursi :

☑ Baca pada saat keluar rumah,
  70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

☑ Baca saat masuk rumah,
   Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

☑ Baca setelah berwudhu,
   Darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

☑ Baca pada saat tidur,
   Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

☑ Baca setelah solat,
   Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

aminnnn ...


motivasi

contohilah gambar di atas..


berduka, rasa pilu, gembira tiada di hati..
seringkanlah berkata begini...


Buang jauh-jauh rasa putus asa itu...       
Buang jauh-jauh rasa kecewa itu...
Buang jauh-jauh rasa sedih itu...
Buang jauh-jauh rasa keseorangan itu...

✔ Ukirlah senyuman di kala kesepian...
✔ Ukirlah senyuman di kala air mata bercucuran...
✔ Ukirlah senyuman di kala dirasakan diri lelah...
✔ Ukirlah senyuman di kala dirasakan kasih-Nya melebihi segala...

Sentiasa beri SEMANGAT pada diri sebab itu adalah MAKANAN hati...
^___________^ smile like me


Sunday, 25 November 2012

Perkataan mulia

Assalamualaikum kawan-kawan.
Good morning.

marilah kita beramalkan perkataan yang baik. Setiap perkataan yang kita katakan merupakan doa jadi banyakkanlah menyebut perkataan mulia ini. 


selamat beramal~~



Saturday, 24 November 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

 Assalamualaikum dan selamat pagi .
Pada pagi yang indah ini ingin ku kongsikan  kebaikan yang mampu kamu semua lakukan .
hhehe


   Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

 ^^, Maka dengan itu aku  cuba bangun sebelum subuh supaya badan aku sihat, cergas dan segar. Ayuh kawan-kawan kita amalkan mandi sebelum subuh pada setiap hari dan Insyaallah kesihatan kita terjamin, aminn.. ^__________^

 
# Kesihatan perlu dijaga mulai sekarang.. Jangan tunggu sehingga sakit barulah terkial-kial nak jaga kesihatan. ok selamat beramal~~~~

BUKTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~~~
:))

Ingin aku kongsikan ape yang aku temui satu bukti mengenai peristiwa yang berlaku antara israel dan palestin .
Dimulakan dengan turun nya kitab Al-Quran.

kitab terjemahan

ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu banyak soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil 
 seluruh badan apabila menghayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine........





# Cerita ini menyedarkan kita betapa kerdil nya kita di bumi ALLAH ini dan betapa teguhnya keyakinan tentera Al-qassam . Sama-samalah kita mendoakan keamanan mereka sambil menyalurkan segala bentuk bantuan pada mereka.
PRAY FOR GAZA ~~~

Friday, 23 November 2012

Trend Tali Kasut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
:))

Seiring dengan kemajuan teknologi dan infrastruktur , fesyen juga tidak ketinggalan menunjukkan kemajuannya. Pelbagai fesyen terkini yang diperkenalkan oleh pereka-pereka mahir .
Pada entry kali ini aku nak memberikan fesyen tali kasut yang segar, popular , elegan dan ape2 yang boleh kamu semua kategorikan. Di sini terdapat beberapa trend tali kasut yang sedang popular dikalangan remaja .  Ayuh berfesyen dengan tali kasut .


lawakan~~~


Remaja lelaki suka pada zipper.


Double back



Loop back menyilang dengan tali yang lain. Keunikan tersendiri..



unik pada tali kasut ini , ikatan tali kasut di simpulkan pada tepi kasut. Lihatlah :)


ingin kan kelainan ikuti fesyen tali kasut ini.


ini biasa digunakan oleh masyarakat kita



tali kasut ni simple~~



Twistie comel pada si pemakai bagi sesiapa yang suka corak yang bulat di tengahnya.



hidden knot ^^,


ikatan simpul di tengah kasut.


Fesyen tali kasut ni aku gelarkan 'tali kasut anyaman' . Tali kasut ini membuatkan pemakai senang membuka dan menyarung kasut tanpa perlu mengikatnya.



 unik kan ~~


tali kasut ni amat sempoi

Bosan dengan trend tali kasut sekarang . Lakukan perubahan pada trend tali kasut . 
Makanya ikutlah trend di atas ^^, 
selamat mencuba...




DERMA DARAH



            Berniat menderma darah sudah lama aku pendamkan. Ramai dikalangan rakan-rakan aku yang sebelum ni di Matrikulasi telah menderma darah tapi aku tak menyertai mereka sebab takut dengan jarum .

mengapa takut ? begini cerita nya....

         Masih teringat lagi zaman kanak-kanak aku demam panas sehinggalah ayahandaku membawa aku ke hospital . Tak dijangkakan sama sekali aku akan masuk air. Masih segar lagi ingatan aku peristiwa kena suntik. Sungguh AZAB apabila jarum masuk ke lapisan kulit tangan aku. uish !! nyilu sakit pedih sedih semua dalam satu. Punca peristiwa tersebut niat nak derma darah terbantut semasa belajar di Matrikulasi apabila ada program menderma darah di sana. Sekarang aku sudah bersedia nak menjalankan tanggungjawab aku sebagai manusia iaitu menderma darah . UKM ada buat program menderma darah di Pusanika. Jadi tibalah masa aku untuk menderma. Atikah menemani aku tapi dia tak ikut serta untuk menderma lah. ^^, . Sebaik sahaja kaki aku jejak di Pusanika aku berdebar-debar sebab kali pertama dan perasaan takut tu masih ada. Aku berikan semangat pada diri aku "Falah, kau boleh buat. jika orang lain boleh kau pasti boleh !" hehe . Aku sudah sampai destinasi ku dan terus ingin mendaftar, ahli BSMM bertanya pada aku "nak derma darah?" aku angguk tersenyum. Lantas aku duduk dan dia bertanya lagi " dah makan ?" . Aku balaslah belum dan dia memberi aku makanan dan minuman sebab syarat untuk menderma perlu makan terlebih dahulu. Aku pun makan lah dengan rasa bahgia nak derma tak lama lagi. YEAY ~~~

selesai makan------>daftar----->tunggu turn check darah----> sedang check----> TAK DERMA !



selepas check darah ~~

SEDIH <----- inilah perasaan aku dapat tahu yang aku tak boleh derma darah sebab darah aku cair. Tuan pemeriksa tu kata aku boleh derma lain kali. Aku kena optimis . Walaubagaimanapun semangat untuk menderma darah masih ada jadi akan ku pekatkan darah ku. Jaga pemakananku.

hermm.. ada hikmah juga aku berniat menderma darah. Menjadikan aku berhati-hati dalam pemakanan dan mengekalkan niat murni aku ini..

maka nya aku menyeru rakan-rakan DERMALAH DARAH muu ~~~~~~
wassalam......







Thursday, 22 November 2012

B-MART

Assalamualaikum..

Baiklah hari ini, aku nak mencoret sedikit tentang B-MART!!!


hahaha.. Pasti ada yang tak tahu pasal B-mart ni kan..yang tahu tu tahulah tapi nak jugak cerita pasal b-mart. B-mart ni adalah satu organisasi perniagaan kecil-kecilan yang diuruskan oleh pelajar Kolej Aminuddin Baki sendiri . Bagus kan di samping dapat menjana pendapatan sendiri , dapat juga pengalaman dalam mengurus kedai B-mart dan kedai fotokopi. hehe :) Kedai B-mart menjual barang keperluan manakala kedai fotokopi menyediakan perkhidmatan print, limnate, scan dan lain-lain.

 Aku merupakan salah seorang ahli yang menguruskannya tapi tak adalah berjawatan tinggi mana.. Ermm, penolong dalam bahagian kewangan cukup lah.. haha aku under Kak Fina bersama dengan Shafiq dan Shida. Mudah je tugas aku. Fikir kan jawatan aku ni berat macam akauntan tapi sebaliknya tak pun..

OK ! nak cerita pasal pengalaman nie.
Ringkas kan , sebelum menjadi ahli B-mart secara rasmi. Aku bersama sahabat aku Nisha ditemu duga dahulu. Ramai juga lah yang ditemu duga oleh sekumpulan pihak TERTINGGI. Aku ! mestilah cuak , takut , blurr tapi alhamdulillah sepanjang proses ditemu duga aku dapat menjawab dengan baik dan kami berdua dapat menjadi ahli  B-mart.. syukur2 ~~~



Gambar di atas adalah salah satu iklan B-mart 


Antara promosi yang kami sediakan




B-mart juga ada jual pelbagai jenis pau. Jadi datanglah ke B-mart di KAB

Teringat hari pertamaku dengan Nisha bertugas di B-mart kami ditemani dengan Kak Aishah, dia pegang jawatan bahagian sumber manusia. Kak Aishah memantau kami selama seminggu supaya kami dapat mengurus B-mart dengan baik selepas tempoh percubaan seminggu tu. Kami diwajibkan SENYUM dan SAMBUT pelanggan sambil berkata "selamat datang" , "welcome", "Assalamualaikum" . Kalau pelanggan keluar je dari B-mart sebut "datang lagi" "jumpa lagi". Aku rasa macam buat iklan gigi pulak. Tapi tak salah kita bersenyum sebab senyum tu satu sedekah dan senyuman itu juga akan membuat orang dari mood tak happy ke mood happy. Tak percaya cubalah. Selain itu, kami kena ingat harga setiap item dalam B-mart. Cekap dalam melanggan pelanggan , mengira dan isi stok-stok yang habis. Bayangkan lah situasi ini ramai pelanggan membeli barang aku merekod setiap jualan sambil mengisi barang yang nak dibeli oleh pelanggan dalam plastik manakala Nisha mengira jumlah barangan tersebut sambil menerima dan memberi baki kepada pelanggan  tersebut. Lihatlah betapa ia memerlukan kecekapan tugasan di kaunter B-mart. hehehe Walaupun permulaan nya aku berserabut,biasalah kali pertama kan. Aku seronok bertugas di B-mart sebab dapat kenal ahli keluarga Kolej Aminuddin Bakiyang merupakan pelanggan tetap B-mart.






Seterusnya,  Kedai Fotokopi pula aku bertugas dengan Farid . Juga kali pertama untuk aku dengan Farid bertugas dengan mesin-mesin . Disini kami kena tahu gunakan mesin fotostat, print, scan , liminate. .Pening kepala nak ingat setiap cara nak jalankan tugas aku ni. Berbanding bertugas di Kedai B-mart, bertugas di fotostat lebih penat sebab kami banyak berjalan dan banyak bergerak. Satu cabaran bagi aku untuk mengetahui tahap kecekapan aku sendiri. Satu hari partner aku ada latihan menari. Farid dah carikan pengganti tapi pengganti tu pulak ada forum yang mahu di lihat nya maka bertugas lah aku keseorangan . Aku beruntung sebab pelanggan tak ramai tapi aku kena fotostat 1 buku tebal. Ya Allah, sakit pinggang aku asyik berdiri untuk siapkan salinan buku tebal tu. Nasib baik ada Zira yang kebetulan sukarela bantu aku. heheh thank you Zira.

Kesimpulannya dalam melakukan sesuatu perkara dapat kita menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah selain menimba pengalaman dan mendapat kawan baru ^________^.

Wednesday, 19 September 2012


Salam Bestari, :))

Tanggal 20 september 2012 aku ada kelas kedua aplikasi komputer .
Kelas ni masih baru untuk aku.
hari ni juga merupakan kali pertama aku buat blog.
memang tak menjangkakan akan buat blog.. hehe :P
harap dapat memberi info2 yang menarik untuk dibaca..
hehe ^____________^