Thursday, 22 November 2012

B-MART

Assalamualaikum..

Baiklah hari ini, aku nak mencoret sedikit tentang B-MART!!!


hahaha.. Pasti ada yang tak tahu pasal B-mart ni kan..yang tahu tu tahulah tapi nak jugak cerita pasal b-mart. B-mart ni adalah satu organisasi perniagaan kecil-kecilan yang diuruskan oleh pelajar Kolej Aminuddin Baki sendiri . Bagus kan di samping dapat menjana pendapatan sendiri , dapat juga pengalaman dalam mengurus kedai B-mart dan kedai fotokopi. hehe :) Kedai B-mart menjual barang keperluan manakala kedai fotokopi menyediakan perkhidmatan print, limnate, scan dan lain-lain.

 Aku merupakan salah seorang ahli yang menguruskannya tapi tak adalah berjawatan tinggi mana.. Ermm, penolong dalam bahagian kewangan cukup lah.. haha aku under Kak Fina bersama dengan Shafiq dan Shida. Mudah je tugas aku. Fikir kan jawatan aku ni berat macam akauntan tapi sebaliknya tak pun..

OK ! nak cerita pasal pengalaman nie.
Ringkas kan , sebelum menjadi ahli B-mart secara rasmi. Aku bersama sahabat aku Nisha ditemu duga dahulu. Ramai juga lah yang ditemu duga oleh sekumpulan pihak TERTINGGI. Aku ! mestilah cuak , takut , blurr tapi alhamdulillah sepanjang proses ditemu duga aku dapat menjawab dengan baik dan kami berdua dapat menjadi ahli  B-mart.. syukur2 ~~~



Gambar di atas adalah salah satu iklan B-mart 


Antara promosi yang kami sediakan




B-mart juga ada jual pelbagai jenis pau. Jadi datanglah ke B-mart di KAB

Teringat hari pertamaku dengan Nisha bertugas di B-mart kami ditemani dengan Kak Aishah, dia pegang jawatan bahagian sumber manusia. Kak Aishah memantau kami selama seminggu supaya kami dapat mengurus B-mart dengan baik selepas tempoh percubaan seminggu tu. Kami diwajibkan SENYUM dan SAMBUT pelanggan sambil berkata "selamat datang" , "welcome", "Assalamualaikum" . Kalau pelanggan keluar je dari B-mart sebut "datang lagi" "jumpa lagi". Aku rasa macam buat iklan gigi pulak. Tapi tak salah kita bersenyum sebab senyum tu satu sedekah dan senyuman itu juga akan membuat orang dari mood tak happy ke mood happy. Tak percaya cubalah. Selain itu, kami kena ingat harga setiap item dalam B-mart. Cekap dalam melanggan pelanggan , mengira dan isi stok-stok yang habis. Bayangkan lah situasi ini ramai pelanggan membeli barang aku merekod setiap jualan sambil mengisi barang yang nak dibeli oleh pelanggan dalam plastik manakala Nisha mengira jumlah barangan tersebut sambil menerima dan memberi baki kepada pelanggan  tersebut. Lihatlah betapa ia memerlukan kecekapan tugasan di kaunter B-mart. hehehe Walaupun permulaan nya aku berserabut,biasalah kali pertama kan. Aku seronok bertugas di B-mart sebab dapat kenal ahli keluarga Kolej Aminuddin Bakiyang merupakan pelanggan tetap B-mart.






Seterusnya,  Kedai Fotokopi pula aku bertugas dengan Farid . Juga kali pertama untuk aku dengan Farid bertugas dengan mesin-mesin . Disini kami kena tahu gunakan mesin fotostat, print, scan , liminate. .Pening kepala nak ingat setiap cara nak jalankan tugas aku ni. Berbanding bertugas di Kedai B-mart, bertugas di fotostat lebih penat sebab kami banyak berjalan dan banyak bergerak. Satu cabaran bagi aku untuk mengetahui tahap kecekapan aku sendiri. Satu hari partner aku ada latihan menari. Farid dah carikan pengganti tapi pengganti tu pulak ada forum yang mahu di lihat nya maka bertugas lah aku keseorangan . Aku beruntung sebab pelanggan tak ramai tapi aku kena fotostat 1 buku tebal. Ya Allah, sakit pinggang aku asyik berdiri untuk siapkan salinan buku tebal tu. Nasib baik ada Zira yang kebetulan sukarela bantu aku. heheh thank you Zira.

Kesimpulannya dalam melakukan sesuatu perkara dapat kita menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah selain menimba pengalaman dan mendapat kawan baru ^________^.

No comments:

Post a Comment