Wednesday, 12 December 2012

JUARA MILIK KAMI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Jika entry aku sebelum nie perbarisan KAB menang sekarang sambungan cerita pula.. 

Malam tersebut ramai tertanya-tanya

1. Kolej manakah  bakal dinobatkan sebagai juara?
2.   bila nak umum juara ni?
3.Bila nak makan ni?
hehe :P

Selepas semua pasukan perbarisan berkumpul di padang, ucapan dari pihak TNC . Barulah pengumuman pemenang2 dari semua permainan SUKEM.
Sebenarnya kami semua dah tahu siapa juara keseluruhan. "diumumkan juara bagi tahu ini setelah mendapat 8 emas 2 perak 9 gangsa di miliki oleh ...." Belum lagi diumumkan kami semua dah terloncat gembira.. HAHAHA.. "Kolej Aminnuddin Baki !" kami lah juara..


gambar kemenangan ^^

terima kasih kepada pemain-pemain yang memberi pingat kepada AMIN (Kolej Aminnuddin Baki) . Aku juga salah seorang penyumbang pingat walaupun bukan pingat emas hanya pingat perak tapi itu dah membawa kemenangan yang kami ingin capai.

aku bersama handballer yang lain. . dari kanan aku, mad, kak izzah dan kak nabila
sangat gembira dapat pingat.
first time aku dapat pingat ~~~


dapat duit~~~ lepas ni kena buat jamuan la :)


inilah 8 piala yang menjadikan kamilah JUARA!!


Monday, 3 December 2012

Perbarisan sukem 2012

Assalamualaikum w.b.t

selamat sejahtera kawan-kawan
  
pada tarikh 22/11/2012 hari khamis 
malam jumaat. .
Bermulalah detik-detik bersejarah bagi sepasukan Kolej Aminuddin Baki (KAB)..
tik tok tik tok ~~

Jam di handphone aku menunjukkan pukul 7.45 malam masa nak bergerak dari KAB ke Stadium. Kami bergerak secara berpasukan tanpa menaiki ape-ape kenderan pun. Hanya berjalan kaki. (penat kot) . perjalanan ke sana mengambil masa 15 minit. Kami seramai 60 orang peserta bagi perbarisan penutup mengambil duduk sebaik sahaja sampai di sana . ketika itu, perlawanan bola sepak di antara Kolej Aminuddin Baki dengan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) . Perlawanan sungguh sengit sebab masing-masing menunjukkan kehebatan sendiri di padang bola tersebut. Pelbagai gelagat penonton aku dapat tonton pada hari itu, menjerit meloncat menyorak mengamuk. hehehe sungguh lucu melihat muka mereka semua. Ingin sahaja aku rakamkan detik penonton tersebut ketika bola di goalkan . oklah lawan punya lawan tak sedar masa sudah berlalu dan KAB MENANG ! 2-0



HOORAY !! but ops ### 
sudah tiba masanya untuk perbarisan kawad pula menunjukkan kehebatan dan keunikan tersendiri. Baiklah kami semua mengambil tempat juga dengan pasukan dari kolej yang lain. Masing-masing berasa gemuruh termasuklah aku. Sementara menunggu pasukan sebelum kami membuat persembahan , aku dengan yang lain ambil kesempatan dengan bergambar hehehe :) .

dari kanan hisyam, tak kenal, fareez, nieza, aku, ros, kak sim dan nadhirah.

snap sana, snap sini sedar tak sedar tiba giliran kami. Nampak kan belon yang kami pegang tu. Itu adalah senjata rahsia persembahan kami. Diketuai oleh Johan Zahari dengan ahli-ahli pasukan bergerak memasuki gelanggang debaran. Bismillahirrahmanirrahim.. dengan lafaz tersebut kaki aku bergerak kiri kanan diikuti dengan hayunan kedua-dua belah tangan aku. Kami semua serentak menyebut "kiri,kanan,kiri,kanan" kaki dan tangan ikut rentak sebutan tersebut. Sebaik sampai di tengah stadium Johan memberi arahan hormat ke kanan dan semua ahli mengikut serentak. Selesai hormat ke kanan , kami serentak melepaskan belon dari tangan dan setiap penjuru melepaskan bom meriah . Penonton terpukau dengan persembahan kami . *jika penonton dah terpukau aku mestilah lagi-lagi terpukau.

sama kan :)
cari mana aku .

lihat belon di lepas kan

terpukaukan ~~~

Berita mengejut daripada persembahan kami adalah kami mendapat tempat ke-2 . Kami semua tak mengharapkan kemenangan perbarisan ini,cukuplah dengan persembahan yang baik dan mantap tetapikami menang juga alhamdulillah. Tidah sia-sia berlatih 2-3 hari waktu malam. Setiap peluh kami berbalas dengan kemenangan tersebut. 

# kerjasama dari semua pihak membuahkan hasil yang tidak dijangkakan . Walaupun penat , bermandi peluh ketika berlatih aku mendapat kemanisan dalam suatu hubungan iaitu sahabat. Kemesraan keseronokan tidak akan dilupakan. janji :)